Selamat Tahun Baru Cina (2014)

Kereta-sewa-2014

Warga SK Nanga Ensiring mengucapkan “SELAMAT TAHUN BARU CINA” buat semua yang meraikannya. Semoga tahun kuda akan banyak memberi kebaikan dan lebih bermakna serta tuah kepada semua.

-Admin-

Advertisements

Sayonara dan Selamat Datang

Sayonara Buat Guru Data

LENGANG

Pihak sekolah SK Nanga Ensiring mengucapkan ribuan terima kasih buat Cikgu Lengang Anak Dow (Guru Data) atas khidmat dan jasa beliau sepanjang beliau bertugas di sekolah SK Nanga Ensiring. Beliau telah berpindah ke SK Long Gang, Belaga dan telah berkhidmat di sekolah ini sejak 3 Januari 2008 sehingga 7 Januari 2014.

Selamat Datang Buat Guru Baharu

JEROME

Selamat datang kepada Cikgu Jerome Anak Chali lepasan DPLI Opsyen Sejarah yang berasal dari Sibu. Mula melapor diri disekolah pada 6 Januari 2014.

-Admin-

Selamat Datang

Selamat datang ke website rasmi Sekolah Kebangsaan Nanga Ensiring.

Assalammualaikum, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu, pihak admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PKG Julau kerana telah banyak membantu dalam menerbitkan website ini untuk kegunaan serta rujukan seluruh warga pendidik khususnya kawasan Julau.
Di samping itu, penerbitan website ini juga merupakan langkah pertama (baharu) bagi pihak admin untuk mempelajari dan mendalami dunia blog supaya dapat mengembangkan lagi teknik persembahan website yang lebih menarik.

Dengan adanya website ini, segala maklumat serta makluman yang diterbitkan oleh pihak admin dapat memberi kebaikan dan kelebihan bersama. Perkongsian ini akan lebih bermakna sekiranya tidak berlaku salah guna daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

SUMBER: Admin