Sejarah Sekolah


Sekolah Kebangsaan Nanga Ensiring telah dibina pada Tahun 1960. Sekolah ini telah ditubuhkan oleh orang Inggeris yang bernama John Kennedy Wilson atau lebih dikenali sebagai J.K. Wilson oleh penduduk setempat pada masa itu. J.K. Wilson  bertanggungjawab untuk mewujudkan sekolah ini. Pada ketika itu, Negeri Sarawak masih lagi berada dalam jajahan British.

Sekolah Kebangsaan Nanga Ensiring ini telah dibina di atas sebidang tanah kepunyaan Tuai Rumah Jayan Anak Liban. Tuai Rumah Jayan memberi kebenaran untuk membina Sekolah di atas tanah beliau dengan pampasan sebanyak RM 300.00. Beliau bersetuju dengan alasan untuk memberikan pendidikan demi kemajuan anak-anak mereka di kawasan Ulu Kanowit. Sekolah ini telah berjaya dibina di atas tanah seluas 2.4 hektar dan terletak kira-kira satu kilometer dari Kuala Sungai Ensiring.

Setelah negeri Sarawak mencapai kemerdekaan, iaitu menerusi pembentukan Malaysia, maka pentadbiran sekolah ini telah diambil alih oleh Majlis Daerah Julau ( Julau District Council ). Selepas itu barulah pentadbiran sekolah ini diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana pada ketika itu dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Malaysia.

Pada Tahun 1980, sebuah bangunan baru sekolah telah dibina. Bersamaan dengan itu, sebuah unit rumah guru kelas iv juga telah dibina. Manakala Blok yang menempatkan dapur, bangunan asrama dan dewan sekolah telah siap dibina dalam Tahun 1982. Kesemua kos yang digunakan untuk membina blok dapur, blok asrama dan dewan sekolah di perolehi daripada peruntukkan pinjaman Bank Dunia.

Tidak lama selepas itu, sebuah Klinik Kesihatan Desa telah dibina berhampiran dengan sekolah. Dengan adanya Klinik Kesihatan Desa ini, semua murid yang bersekolah di Sekolah ini mudah untuk mendapatkan rawatan seandainya sakit.

Tidak lama selepas itu, sekolah telah mendapat bekalan air paip graviti dalam Tahun 1991. Memandangkan guru-guru yang berkhidmat di sekolah menghadapi masalah kekurangan rumah, maka sederet berek untuk rumah guru telah dibina pada tahun 1992. Manakala 2 tahun selepas itu, iaitu pada tahun 1994 dua buah unit rumah guru kelas H telah dibina bagi menampung masalah tempat tinggal. Ini kerana berek yang telah dibina masih lagi tidak mampu menampung masalah kekurangan rumah guru ini.

Bukan setakat rumah guru, blok kelas juga tidak mencukupi untuk menampung bilangan murid-murid yang bersekolah di sekolah ini. Bagi mengatasi masalah ini, satu blok kelas baru telah dibina. Walaupun satu blok kelas yang baru ini telah dibina, namun ia masih lagi tidak mencukupi untuk murid-murid belajar.

Pada tahun 1997, berek rumah guru yang terletak di atas bukit telah diancam hakisan. Ini telah membuatkan berek rumah guru itu tidak selamat untuk didiami. Bukan setakat 1997, masalah hakisan ini masih lagi berlanjutan hingga ke hari ini. Pernah sekali dalam Tahun 2007, tanah dikawasan bukit ini telah runtuh. Kesan daripada hakisan tanah di kawasan bukit ini, maka dua unit rumah guru telah dibina secara bergotong-royong dengan bantuan daripada Jabatan Pendidikan Daerah Julau. Kini Jabatan Pendidikan Daerah Julau ini dikenali sebagai Jabatan Pelajaran Daerah Julau.

Pada Tahun 2008, sebuah PraSekolah telah dibina. Dengan adanya Pra Sekolah ini, murid-murid yang masuk ke Tahun satu telah mempunyai asas pendidikan awal yang kukuh. Justeru itu, ia membantu murid-murid Tahun 1 untuk lulus dalam saringan LINUS iaitu literasi dan numerasi.

Sehingga ke hari ini, seramai 15 orang Guru Besar telah berkhidmat dan mentadbir sekolah ini. Pada Tahun ini iaitu 2010, Sekolah Kebangsaan Nanga Ensiring mempunyai 13 orang guru termasuk seorang guru Pra Sekolah, seorang Penyelia Asrama, seorang Pembantu Tadbir, 3 orang Pembantu Pengurusan Murid Asrama, Seorang Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah, 2 orang Pembantu Rendah Am dan 2 orang pengawal keselamatan.

SUMBER: Sumber Sekolah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s