Piagam Pelanggan


KAMI WARGA SK. NANGA ENSIRING DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK;

*Memastikan semua pelajar SK. NANGA ENSIRING boleh membaca, menulis dan mengira setelah tamat Tahun 6.

*Menyampaikan ilmu pengetahuan yang terbaik sepertimana yang tercatat dalam Huraian Sukatan Pelajaran serta memberikan pengajaran yang Bertaraf Dunia untuk semua Murid.

*Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan dan layanan yang sama tanpa mengira agama, bangsa dan darjat selaras dengan konsep ” Sekolah Penyayang” .

*Menentukan kebajikan, kebersihan dan keselamatan pelajar diberi perhatian yang khusus.

*Menyediakan tempat belajar yang selesa dan kondunsif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

*Memastikan peperiksaan dan ujian dilaksanakan dengan jujur serta penuh tanggungjawab tanpa kebocoran.

*Menyelesaikan masalah pelajar dari segi perpindahan/ pertukaran dibuat dalam tempoh seminggu dari tarikh maklumat diterima.

*Memastikan setiap pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan samada oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan.

*Sentiasa bersedia dan sanggup menerima teguran, pandangan, syor dan cadangan yang membina daripada semua pihak demi untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan Akademik Sekolah.