Logo dan Bendera Sekolah


Logo Sekolah

Cogan kata sekolah ini ialah “CENDEKIAWAN BERWAWASAN”. Cogan kata ini telah dipilih bertujuan untuk memberikan rangsangan atau memotivasikan murid-murid agar berpandangan jauh walaupun mereka belajar di sekolah yang terletak di kawasan pendalaman. Berlandaskan cogan kata ini, maka murid-murid yang belajar di sekolah ini boleh menjadi seorang cendekiawan yang mempunyai cita-cita dan aspirasi yang tinggi dan berpandangan futuristik dan mampu berdaya saing dalam mencapai kemajuan.

Bendera Sekolah

Bendera sekolah berukuran 90cm X 150 cm. Warna yang digunakan untuk Bendera sekolah ini ialah warna ;

Kuning – Melambangkan perpaduan, keunggulan dan keutuhan kesetiaan warga sekolah.

Hitam – Melambangkan sumber kemudahan yang terhad digunakan dengan sedaya upaya dan kreativiti pendidik bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Merah – Melambangkan ketabahan murid-murid dan semua warga pendidik bagi menghadapi cabaran alaf baru melalui generasi yang berwawasan.

Logo sekolah diletakkan di tengah-tengah bendera ini.

 

SUMBER: Sumber Sekolah

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s