Galeri

Agenda Komunikasi Program Transformasi Daerah Peringkat Sekolah

This gallery contains 18 photos.

Tarikh              : 3 Julai 2014 Masa                : 1430 Tempat            : Kelas Tahun 6 Penceramah 1 : Encik Philip Ambun Anak Buah (PK Pentadbiran) Penceramah 2 : Encik Jembu Anak Nyanggau (PK HEM) Penceramah 3 : Encik Robin Anak Bandang (PK … Teruskan membaca

Borang PPM 1(A) dan PPM 1(B)

Mungkin ada yang tidak kenal dengan borang ini. Mungkin juga ada yang kenal tetapi tidak tahu macam mana nak isi borang ini. Jadi, kali ini saya ingin berkongsi kepada semua terutama kepada guru pemimpin pengakap di sekolah atau bakal menjadi guru pengakap.

Borang PPM 1(A) dan PPM 1(B) perlu diisi setiap tahun (1 Mac hingga 31 Mac). Borang lain selain PPM 1(A) dan PPM 1(B) pun ada. Tetapi saya hanya berkongsi mengenai kedua-dua borang ini sahaja. Biasanya Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan mengingatkan kepada setiap sekolah melalui PPD untuk mendaftar ahli Pengakap tahun semasa.

Untuk mengisi kedua-dua borang ini, pastikan Persatuan Pengakap Sekolah sudah berdaftar (No pendaftaran) dan mempunyai nombor kumpulan. Bagi menyemak sama ada Persatuan Pengakap Sekolah cikgu sudah berdaftar atau belum, rujuk pada pihak PPD. Sekiranya belum berdaftar rujuk semula pada surat siaran dari PPM.

Sekiranya sudah berdaftar, boleh lah guna borang ini untuk memudahkan cikgu mengisi dengan kemas. SELAMAT MENCUBA!!!

Klik: Borang Pengakap

SUMBER: Guru Pengakap

Rombongan Sekolah Ke Klinik Untuk BMI Murid

Rombongan pihak sekolah ke klinik Nanga Ensiring telah diadakan pada 20 Februari 2014. En. Robin Anak Bandang selaku Penolong Kanan Kokurikulum mengetuai rombongan bersama semua guru kelas, dua orang ppm dan semua murid. Tujuan rombongan ini adalah untuk mendapatkan ukuran berat dan tinggi murid bagi BMI. Sehari sebelum rombongan ini, En. Robin telah meminta kebenaran dan bantuan daripada pihak klinik melalui surat rasmi sekolah. Teruskan membaca