Hari Pelaporan telah diadakan pada 16 Jun 2017 di Dewan Makan SK Nanga Ensiring. Program ini bermula pada 9.00 pagi dengan menjemput semua ibu bapa murid bagi membincangkan permasalahan anak-anak mereka dalam pelajaran serta mengetahui tahap pencapaian mereka di sekolah. Sehubungan dengan itu, Cik Norzieana telah menyelit sedikit mengenai Program HIP yang perlu disampaikan kepada ibu-ibu bapa tentang penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Semua aktiviti selesai sehingga jam 2 petang selepas jamuan tengahari.
Advertisements