Galeri

22 Julai : Merdekanya Tanah Sarawak


SARAWAK MERDEKA KE-51

lambangsarawak

Lambang Sarawak

 

Flag_of_Sarawak.svg_

Bendera Sarawak Sekarang

Flag_of_the_Kingdom_of_Sarawak_(1870).svg

Bendera Sarawak Dahulu

Sejarah Kemerdekaan Sarawak

Sarawak secara umumnya adalah di bawah pemerintahan Rajah Putih dari Dinasti Brooke semenjak tahun 1841. Sebelum tahun tersebut, Sarawak adalah salah satu wilayah di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Ianya tidak dapat dipastikan sama ada ketika ini, Sarawak adalah jajahan British secara tidak langsung, namun apa yang boleh dipastikan adalah pada masa ini Sarawak pernah menerima pengiktirafan sebagai sebuah negeri yang merdeka pada tahun 1851 oleh British sendiri. Ianya hanya pada tahun 1941, yang Sarawak menerima jajahan langsung apabila dijajah oleh Jepun ketika Perang Dunia II. Penjajahan ini berlangsung sehingga 1946 apabila Jepun berundur dari Sarawak. Namun, pengunduran ini belum bermaksud yang Sarawak menerima kemerdekaan seperti sebelumnya kerana Rajah Putih Sarawak ketika itu, Charles Vyner Brooke yang menghadapi masalah kewangan melihat membangunkan semula Sarawak adalah amat sukar termasuklah juga faktor ketidakyakinannya kepada anak saudaranya yang merupakan pewaris tahta pada ketika itu, Raja Muda Anthony Brooke. Disebabkan oleh itu, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British pada Julai 1946. Ini menjadikan Sarawak sebagai Tanah Jajahan Mahkota British.
Penguasaan British di Sarawak berterusan sehingga pada tahun 1963, apabila Sarawak menandatangani perjanjian bersekutu bersama-sama Borneo Utara dan Singapura dengan 11 negeri di Persekutuan Tanah Melayu. Selepas penyertaan 3 buah negeri ini, Persekutuan tersebut dikenali sebagai Malaysia. Berbeza dengan Singapura dan Sabah yang menerima taraf ‘pemerintahan sendiri’ pada 31 Ogos 1963, Sarawak menerima kemerdekaan penuh daripada British pada 22 Julai 1963. Dengan lain perkataan, Sarawak merupakan sebuah negara merdeka sewaktu Hari Malaysia pada 16 September 1963. Pada ketika itu, ianya sebuah negara baru yang berusia 47 hari. Mungkin itu juga salah satu sebab mengapa rakyat Sarawak amat berbangga dengan sebutan Negara Sarawak. Malah, kedatangan penulis ke Sarawak juga memerlukan passport kerana kerajaan Sarawak mempunyai hak istimewa di dalam bidang immegresen.

 

SUMBER: Radin’s Blog

 

 

Advertisements