Galeri

Enam Belas Mei


textgram_1400197238

Enam belas Mei tiba lagi…
Tarikh keramat yang dinanti-nanti,
Khas buat insan yang tersemat di hati,
Dari dulu hinggalah kini,

Enam belas Mei muncul lagi…
Banyak menyulam ingatan dan memori,
Dari kecil hinggalah waktu ini,
Terkenang jasa dan pengorbanan diri,

Enam belas Mei datang lagi…
Banyak mengajar erti hidup berdikari,
Berbekal ilmu dan nasihat tak henti-henti,
Demi membentuk insani,

Enam belas Mei hadir lagi…
Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi,
Itulah tema tahun ini,
Selamat Hari Guru buat pendidik di sini.

SELURUH WARGA SEKOLAH INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA PENDIDIK ANAK BANGSA DI MALAYSIA, SEMOGA KEHADIRAN HARI INI DAPAT MEMBERI CETUSAN KEPADA INSAN YANG BERGELAR GURU UNTUK LEBIH BERINOVASI DAN KREATIF DALAM SEGALA BIDANG.

SUMBER: Admin

Advertisements