Galeri

Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


Kalau kita rujuk balik dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013-2025), terdapat 6 aspirasi murid untuk bersaing diperingkat global. Antaranya ialah:
1. Pengetahuan.
2. Kemahiran berfikir
3. Identiti nasional
4. Kemahiran memimpin
5. Kemahiran dwibahasa
6. Etika dan kerohanian

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013:
– Kesinambungan kepada KBKK
– Memberi fokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
– Penekanan dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, bina upaya serta sumber.
Definisi KBAT:Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013).

 KBATOnosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi.


HotsHOTS merupakan satu program kemahiran berfikir yang menggunakan aktiviti-aktiviti pemikiran peringkat tinggi melalui komputer untuk memperbaiki kemahiran asas, keyakinan sosial dan kemahiran penyelesaian masalah pelajar (Pogrow, 1985). Penguasaan kemahiran dan keyakinan adalah syarat yang penting untuk pelajar melibatkan diri dengan cekap dalam aktiviti pembelajaran yang kompleks. 
Sebelum menggunakan komputer, guru mengadakan satu perbincangan pemikiran di mana pelajar diminta menerangkan akibat dari strategi mereka dan guru juga mengutarakan soalan-soalan yang mencabar untuk pelajar selesaikan. Perlaksanaan program HOTS adalah berpisah dari pengajaran kelas yang biasa; di mana HOTS menggabungkan aktiviti komputer yang membolehkan pelajar menguji secara serta merta akibat dari idea mereka terhadap soalan-soalan, dengan kaedah pengajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk banyak berfikir secara berkesan. HOTS membantu pelajar membina strategi untuk menghubungkan idea-idea mereka secara berkesan.  

BAGAIMANA HENDAK MENGAJAR KBAT?

  1. Tingkatkan soalan aras tinggi

  2. Aktiviti penyelesaian masalah

  3. Menggunakan alat berfikir

  4. Pembelajaran berasaskan projek

  5. Teknik menyoal

  6. Aktiviti pemikiran aras tinggi dalam buku teks

Rujukan: Revolusi Minda

Konsep KBAT & Ithink

SUMBER: Admin

 

 

Advertisements
By SEK. KEB. NANGA ENSIRING Posted in KBAT Di tag

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s