Galeri

Perit Manis Warga Ensiring: Mod Perjalanan Sungai


Entri kali ini hanyalah satu perkongsian kepada semua pelayar serta panduan kepada yang ingin ke sini. Mod perjalanan sungai ini bermula dari Nanga Entabai. Tapi sebelum itu elok saya jelaskan terlebih dahulu cara untuk sampai ke Nanga Entabai. Bagi sesiapa yang belum tahu kedudukan Julau, Sarikei dan Bintangor disarankan membuat carian di dalam mana-mana search engine (enjin pencarian) lebih-lebih lagi guna google maps. Nanga Entabai ini tempat perhentian semua kenderaan bermotor (parkir berbayar) bagi yang sudah berdaftar kepada penjaga parkir. Untuk sampai ke Nanga Entabai harus melalui Pekan Julau. Pekan Julau terletak lebih kurang 3 km dari bulatan menuju masuk ke simpang Julau. Bulatan ini juga menghubungkan ke Sibu (search engine untuk mencari Sibu).

Jarak yang perlu dilalui:

Sarikei – Julau =66 KM

Bintangor – Julau = 49 KM

Julau – Nanga Entabai = 33 KM

Sepanjang perjalanan untuk pergi ke Nanga Entabai akan melalui laluan jalan separa berturap dan beberapa buah panjang. Bentuk muka bumi sekitar tersebut berbukit dan anda akan menemui laluan yang berliku-liku. Awas! Kenderaan dari hadapan muncul dengan tiba-tiba. Elakkan daripada membawa kenderaan terlalu laju kerana kawasan tersebut boleh dikategorikan berbahaya.

Mod Sarikei ke Nanga Entabai

IMG_9555 (1000x667)

Simpang lampu isyarat di Sarikei

IMG_9563 (1000x667)

Simpang keluar SKIM B

IMG_9573 (1000x667)

Simpang KJD (Kanowit, Julau, Durin)

IMG_9594 (1000x667)

Simpang Sing Ba

IMG_9604 (1000x667)

Mat-mat yang ditangkap dari lensa

IMG_9615 (1000x667)

Bulatan Julau

IMG_9625 (1000x667)

Permandangan SMK Julau No.2

IMG_9632 (1000x667)

Simpang Masuk ke SMK Julau

IMG_9636 (1000x667)

Belok kiri pergi ke Pekan Julau

IMG_9637 (1000x667)

Pintu Gerbang Julau

IMG_9643 (1000x667)

Simpang masuk ke Rh. Jana

IMG_9660 (1000x667)

Welcome Rh. Tujang

IMG_9667 (1000x667)

Jambatan Sungai Luau

IMG_9672 (1000x667)

Jambatan Sungai Ijit

IMG_9679 (1000x667)

Tempat parkir kereta di Nanga Entabai. Mesti daftar terlebih dahulu kepada tuan punya tapak.

IMG_9680 (1000x667)

Perjalanan kaki ke jeti Nanga Entabai dari parkir. Kelihatan kereta parkir di tepi jalan raya sahaja.

IMG_9681 (1000x667)

Sampai di Jeti Nanga Entabai. Tidak sampai seminit pun dari parkir kereta. Kawasan yang selalu sibuk dengan kereta membuat pusingan.

IMG_9682 (1000x667)

Banyak perahu panjang yang belum berlepas ke destinasi. Dahulu jeti kayu, sekarang sudah konkrit. Nampak lebih selamat dan selesa.

Setiba di Nanga Entabai, bermulalah cerita mod perjalanan sungai selepas ini. Sebelum itu untuk pengetahuan pembaca (terutama yang belum pernah pergi ke sini), untuk mendapatkan pengangkutan perahu panjang, boleh tanya kepada sesiapa yang ada memiliki perahu berenjin di kawasan ini. Biasa kami catar perahu sekali jalan RM150 (one way).

Mod perjalanan sungai ini lebih mencabar lagi sekiranya air ‘langkang‘ (bahasa iban) yang bermaksud cetek. Bukan itu sahaja, akan meredah kawasan yang berbatu (jeram), ‘bebatak‘ (aktiviti mengheret perahu kerana air terlalu cetek) dan berhujan ditengah sungai sekiranya hari hujan. Tempoh perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah (air besar), 2 jam atau 3 jam (air cetek).

Mod Nanga Entabai ke SK Nanga Ensiring

IMG_9684 (1000x667)

Encik Danny memunggah barang masuk ke dalam perahu.

IMG_9688 (1000x667)

Mula perjalanan keluar dari Nanga Entabai. Waktu ini airnya masih sederhana.

IMG_9689 (1000x667)

Pemandu bot dan Puan Ai Lih.

IMG_9696 (1000x667)

Pemandangan sungai kawasan ulu.

IMG_9699 (1000x667)

Batu dasar sungai. Sekiranya batu dasar makin jelas kelihatan, bermakna air sungai terlalu cetek.

IMG_9700 (1000x667)

Kocakan air akibat daripada permukaan berbatu di dasar sungai. Tersilap boleh menyebabkan terlanggar batu.

IMG_9711 (1000x667)

Kelihatan batang pokok yang tersangkut pada batu. Bahaya! lebih-lebih lagi semasa air besar terlalu banyak batang kayu besar yang hanyut dengan laju.

IMG_9715 (1000x667)

Salah satu jambatan kayu balak sekitar ini. Kawasan ini juga bolehdilabelkan zon merah semasa kemarau. Arus deras, berbatu dan sukar untuk dilalui.

IMG_9725 (1000x667)

Nampak tenang. Dasarnya banyak hasil. Biawak selalu kelihatan berenang kawasan seperti ini.

IMG_9732 (1000x667)

Dinding tebing berbatu. Salah satu permandangan yang indah dan menarik. Juga kawasan lubuk ikan.

IMG_9740 (1000x667)

Salah satu laluan sukar sekiranya air mencapai tahap kritikal (cetek). Dasar batu dan berjeram serta arus deras. Masa ini boleh dikatakan ‘boleh tahan juga’.

 

IMG_9742 (1000x667)

Wong Sepali kawasan paling berbahaya bila air bah. Batu besar dan arus deras. Tanda aras menandakan nak sampai SK Nanga Ensiring.

Mohon maaf kerana tidak sempat untuk memaparkan gambar semasa tiba di SK Nanga Ensiring. Setakat ini sahaja yang dapat dikongsikan. Kemungkinan Mod Perjalanan Darat akan diturut dikongsikan. Hanya menunggu masa yang sesuai.

SUMBER: Admin

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s