Doa Untuk MH370 @ Pray For MH370


Hari ini sudah 6 hari pesawat penerbangan Boeing-777 Malaysia Airlines MH370 hilang sejak 8 Mac 2014. Berita misteri kehilangan MH370 menjadi sebutan seluruh dunia. Sehingga kini belum ada petanda dan bukti yang kukuh menunjukkan pesawat MH370 dapat ditemui walaupun gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan oleh beberapa buah negara yang diketuai Malaysia. Daripada hasil pencarian juga, banyak andaian dan spekulasi yang timbul mengenai misteri kehilangan MH370 yang sehingga kini belum ada jawapan. Walau bagaimanapun, semua penduduk seluruh dunia dari pelbagai latarbelakang agama telah berdoa supaya pesawat MH370 dapat ditemui dengan semua penumpang dan anak kapal dalam keadaan selamat.

PrayForMH370
PRAYFORMH370 (1)

Mohon semua warga Julau menyokong usaha Malaysia untuk mengembalikan MH370 ke pangkuan negara, keluarga dan teman yang setia menanti kepulangannya. Sama-samalah kita berdoa dan mengharapkan perkhabaran yang positif daripada hasil pencarian dan menyelamat. ‘Please Come Back, MH370’

tmp_IMG-20140319-WA0001-1977755151

Murid kelas tahun 3 menghasilkan lukisan ‘Pray For MH370’ sebagai perhatian murid atau pihak sekolah mengenai tragedi misteri kehilangan pesawat tersebut. Terima kasih kepada cikgu Danny kerana turut berkongsi pengalaman ini untuk diterbitkan dalam laman web sekolah.

tmp_IMG-20140319-WA0000127610647

Turut bergambar admin web sekolah bersama murid tahun 3 dengan hasil lukisan masing-masing. Setakat ini sahaja dahulu mengenai MH370.

SUMBER: Admin

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s