Rombongan Sekolah Ke Klinik Untuk BMI Murid


Rombongan pihak sekolah ke klinik Nanga Ensiring telah diadakan pada 20 Februari 2014. En. Robin Anak Bandang selaku Penolong Kanan Kokurikulum mengetuai rombongan bersama semua guru kelas, dua orang ppm dan semua murid. Tujuan rombongan ini adalah untuk mendapatkan ukuran berat dan tinggi murid bagi BMI. Sehari sebelum rombongan ini, En. Robin telah meminta kebenaran dan bantuan daripada pihak klinik melalui surat rasmi sekolah.

IMG_8756 (400x267)IMG_8757 (400x267)

Sampai sahaja di klinik, semua murid dan guru kelas berkumpul sebelum naik masuk ke dalam klinik. Pn. Yung menyusunatur tempat duduk murid mengikut urutan nama.

IMG_8765 (400x267)IMG_8764 (400x267)

Panggilan dimulai dari murid tahun 1 sehingga murid tahun 6. En. Robin membuat catatan untuk simpanan pihak sekolah serta laporan unit kokurikulum. Manakala Cik Audrey ditugaskan untuk mencatat bagi semua murid dalam buku kesihatan murid untuk simpanan semua guru kelas.

IMG_8763 (400x267)IMG_8762 (400x267)
IMG_8761 (400x267)IMG_8767 (400x267)

Cik Hannie (SN) dan Cik Mary (JM) yang bertugas untuk mendapatkan ukuran berat dan tinggi bagi semua murid dan dibantu oleh En. Jamal. Sepanjang aktiviti, tiada masalah teknikal yang berlaku. Semua alatan yang digunakan dalam keadaan sangat baik serta berjalan dengan lancar. Masalah kecil yang dihadapi adalah seorang murid tidak hadir kerana ada urusan keluarga. Bagi murid yang tidak hadir akan diurus oleh guru kelas berkenaan nanti. Selepas selesai, semua guru yang terlibat, murid tahun 6 dan 2 orang PPM bertugas berpeluang untuk bergambar bersama pihak klinik sebagai kenangan.

IMG_8771 (400x267)

Rombongan pihak sekolah berangkat balik dari klinik pada jam 1520.

SUMBER: Admin

Advertisements