Bengkel SPS Peringkat Sekolah


Pada 11 Februari 2014 (Selasa), Guru Data sekolah juga merangkap Pentadbir SPS Sekolah telah mengadakan satu bengkel cara menggunakan dan memasukkan data ke dalam aplikasi SPS atas talian. Bengkel tersebut telah dilaksanakan pada sebelah malam untuk mendapatkan capaian internet yang baik. Antara perkara yang perlu ditekankan semasa bengkel tersebut berlangsung  ialah;

i) Cara log masuk

ii) Cara menyelenggara maklumat staf

iii) Cara menyelenggara maklumat murid

iv) Cara menambah maklumat aktiviti kokurikulum serta kehadiran murid

IMG_8662 (400x267)

Anggota AKP turut serta dalam bengkel SPS. Sementara menunggu semua staf hadir, En. Jeffery. En. Linggang, En. Jimbai dan En. Nashriq sempat ‘pose’ dengan gaya tersendiri.

IMG_8668 (400x267)    IMG_8670 (400x267)

Sebelum bengkel dilaksanakan, pentadbir SPS sekolah menerangkan serba sedikit mengenai SPS  dan menunjukkan cara log masuk ke aplikasi dalam talian. Selepas itu semua guru dan AKP turut mencuba untuk log masuk dengan menggunakan akaun sendiri.

IMG_8660 (400x267)    IMG_8669 (400x267)

Sepanjang bengkel berlangsung, ramai juga guru dan AKP mengajukan beberapa soalan mengenai masalah yang dihadapi seperti cara mengubah maklumat, menambah maklumat dan memadam maklumat. Masalah lain turut timbul seperti tidak dapat masuk ke laman SPS dan terlalu lama untuk log masuk. Pentadbir SPS sekolah memberi tunjuk ajar dan membuat tinjauan dari meja ke meja untuk memberi bantuan.

IMG_8675 (400x267)Bantuan diberikan kepada salah seorang guru yang mengalami masalah.

Bagi masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh pentadbir SPS sekolah, beliau akan catat dan membuat aduan terus kepada spshelpdesk. Sepanjang bengkel, kebanyakkan semua faham dan tahu cara menggunakan aplikasi SPS dalam talian ini setakat yang telah diterangkan oleh pentadbir SPS sekolah. Bagi yang masih kurang memahami akan diberikan bantuan dari masa ke masa. Bengkel ini tamat pada jam 10.00 malam memandangkan projektor tidak boleh dipasang terlalu lama.

SUMBER: Admin

Advertisements