Galeri

Istiadat Pengakap


Dalam istiadat Pengakap terdapat tiga istiadat yang penting dan perlu diketahui oleh setiap ahli Pengakap iaitu Istiadat Laung Agung, Istiadat Mengibar Bendera dan Istiadat Menurunkan Bendera.

ISTIADAT LAUNG AGUNG

Laung Agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap. Berikut urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan:

1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia).

2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil.

3. Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan.

4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela.

5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ” (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “.
6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat).

ISTIADAT MENGIBAR BENDERA

Istiadat mengibar bendera merupakan sambungan daripada istiadat Laung Agung.

1. Akela menyebut “BENDERA” dan petugas PKK yang berada di kedudukan nombor dua dari kiri tiang bendera akan keluar dua langkah dan menuju ke tiang bendera dalam keadaan berkawad.
2. Kemudian petugas ini menyentak tali bendera dan bergerak kebelakang satu langkah dan terus tabik pada bendera.
3. Semua ahli PKK yang lain mengikut tabik pada bendera. Kemudian petugas ini bergerak ke kedudukan asalnya.
4. Akela menyebut “NEGARAKU”, semua PKK mengadap bendera dan menyanyikan lagu Negaraku.
5. Akela menyebut “DOA”, petugas PKK bersebelahan petugas pengibar bendera keluar dua langkah dan menyebut “UP” syarat untuk menadah tangan.
6. PKK lain turut menadah tangan dan seterusnya petugas PKK membacakan doa.
7. Selesai bacaan doa, petugas PKK menyebut “UP” syarat menjatuhkan tangan dan berundur masuk dua langkah semula pada kedudukan asal.
8. Petugas PKK yang ketiga keluar dua langkah dan menuju ke hadapan Akela lalu memberi tanda hormat.
9. Akela memberi tanda hormat dan menjatuhkan tangan diikuti petugas PKK menjatuhkan tangan.
10. Petugas akan membuat laporan kepada Akela. Selesai membuat laporan petugas akan berundur satu langkah ke belakang dan memberi tanda hormat diikuti Akela membalas tanda hormat.
11. Petugas berpusing ke kanan dan masuk barisan dalam keadaan berkawad.
12. Akela menyebut “SENANG DIRI” dan semua PKK dalam keadaan senang diri.
13. Akela memberi taklimat dan kata-kata perangsang kepada PKK.
14. Setelah selesai, Akela menyebut “KELUAR BARIS”, semua PKK keluar baris dengan tiga langkah.

ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA

Bagi setiap hari, sama ada semasa perkhemahan atau sebelum sesuatu perjumpaan tamat, bendera yang dikibarkan perlu diturunkan. Langkah-langkah menurunkan bendera.

1. Semua PKK berada di hadapan bendera.

2. Akela menyebut “SEDIA” tanda semua PKK dalam keadaan sedia.

3. Akela menyebut “BENDERA”, dua petugas PKK keluar dua langkah lalu menghadap bendera sambil memberi hormat pada bendera. (kedudukan selari dengan tiang bendera petugas pertama dihadapan dan petugas kedua berada di belakang petugas pertama).

4. Semua PKK turut memberi tanda hormat kepada bendera.

5. Petugas pertama membuka tali bendera pada tiang dan menurunkan bendera perlahan-lahan.

6. Petugas kedua menyambut hujung bendera. (peringatan: jangan biarkan bendera mencecah tanah)

7. Kedua-dua petugas melipatkan bendera.

8. Kedua-dua petugas masuk semula ke tempat asal dalam keadaan berkawad.

9. Akela menyebut “KELUAR BARIS” semua PKK keluar baris dengan tiga langkah.

 

SUMBER: Guru Pengakap

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s