Rombongan Sekolah Ke Klinik Untuk BMI Murid


Rombongan pihak sekolah ke klinik Nanga Ensiring telah diadakan pada 20 Februari 2014. En. Robin anak Bandang selaku Penolong Kanan Kokurikulum mengetuai rombongan bersama semua guru kelas, dua orang PPM dan semua murid. Tujuan rombongan ini adalah untuk mendapatkan ukuran berat dan tinggi murid bagi mengukur BMI. Sehari sebelum rombongan ini, En. Robin telah meminta kebenaran dan bantuan daripada pihak klinik melalui surat rasmi sekolah.

Sampai sahaja di klinik, semua murid dan guru kelas berkumpul sebelum naik masuk ke dalam klinik. Pn. Yung menyusunatur tempat duduk murid mengikut urutan nama.

Panggilan dimulai dari murid tahun 1 sehingga murid tahun 6. En. Robin membuat catatan untuk simpanan pihak sekolah serta laporan unit kokurikulum. Manakala Cik Audrey ditugaskan untuk mencatat bagi semua murid dalam buku kesihatan murid untuk simpanan semua guru kelas.

Cik Hannie (SN) dan Cik Mary (JM) yang bertugas untuk mendapatkan ukuran berat dan tinggi bagi semua murid dan dibantu oleh En. Jamal. Sepanjang aktiviti, tiada masalah teknikal yang berlaku. Semua alatan yang digunakan dalam keadaan sangat baik serta berjalan dengan lancar. Masalah kecil yang dihadapi adalah seorang murid tidak hadir kerana ada urusan keluarga. Bagi murid yang tidak hadir akan diurus oleh guru kelas berkenaan nanti. Selepas selesai, semua guru yang terlibat, murid tahun 6 dan 2 orang PPM bertugas berpeluang untuk bergambar bersama pihak klinik sebagai kenangan.

Rombongan pihak sekolah berangkat balik dari klinik pada jam 1520.


Bengkel SPS Peringkat Sekolah


TARIKH : 11 Februari 2014
HARI : Selasa
MASA : 1930
TEMPAT : Bilik Guru
KEHADIRAN : Semua Guru dan AKP
PENCERAMAH : En. Noor Nashriq bin Madil (Pentadbir SPS Sekolah)


Pentadbir SPS Sekolah telah mengadakan satu bengkel cara menggunakan dan memasukkan data ke dalam aplikasi SPS atas talian. Bengkel tersebut telah dilaksanakan pada sebelah malam untuk mendapatkan capaian internet yang baik. Antara perkara yang perlu ditekankan semasa bengkel tersebut berlangsung  ialah:

a) Cara log masuk
b) Cara menyelenggara maklumat staf
c) Cara menyelenggara maklumat murid
d) Cara menambah maklumat aktiviti kokurikulum serta kehadiran murid.

Sebelum bengkel dilaksanakan, pentadbir SPS sekolah menerangkan serba sedikit mengenai SPS  dan menunjukkan cara log masuk ke aplikasi dalam talian. Selepas itu semua guru dan AKP turut mencuba untuk log masuk dengan menggunakan akaun sendiri.

Sepanjang bengkel berlangsung, ramai juga guru dan AKP mengajukan beberapa soalan mengenai masalah yang dihadapi seperti cara mengubah maklumat, menambah maklumat dan memadam maklumat. Masalah lain turut timbul seperti tidak dapat masuk ke laman SPS dan terlalu lama untuk log masuk. Pentadbir SPS sekolah memberi tunjuk ajar dan membuat tinjauan dari meja ke meja untuk memberi bantuan.

IMG_8675 (400x267)

Bantuan diberikan kepada salah seorang guru yang mengalami masalah.

Bagi masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh pentadbir SPS sekolah, beliau akan catat dan membuat aduan terus kepada spshelpdesk. Sepanjang bengkel, kebanyakkan semua faham dan tahu cara menggunakan aplikasi SPS dalam talian ini setakat yang telah diterangkan oleh pentadbir SPS sekolah. Bagi yang masih kurang memahami akan diberikan bantuan dari masa ke masa. Bengkel ini tamat pada jam 10.00 malam memandangkan projektor tidak boleh dipasang terlalu lama.


Istiadat Pengakap

Dalam istiadat Pengakap terdapat tiga istiadat yang penting dan perlu diketahui oleh setiap ahli Pengakap iaitu Istiadat Laung Agung, Istiadat Mengibar Bendera dan Istiadat Menurunkan Bendera.

ISTIADAT LAUNG AGUNG

Laung Agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap. Berikut urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan:

1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia).

2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil.

3. Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan.

4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela.

5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ” (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “.
6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat).

ISTIADAT MENGIBAR BENDERA

Istiadat mengibar bendera merupakan sambungan daripada istiadat Laung Agung.

1. Akela menyebut “BENDERA” dan petugas PKK yang berada di kedudukan nombor dua dari kiri tiang bendera akan keluar dua langkah dan menuju ke tiang bendera dalam keadaan berkawad.
2. Kemudian petugas ini menyentak tali bendera dan bergerak kebelakang satu langkah dan terus tabik pada bendera.
3. Semua ahli PKK yang lain mengikut tabik pada bendera. Kemudian petugas ini bergerak ke kedudukan asalnya.
4. Akela menyebut “NEGARAKU”, semua PKK mengadap bendera dan menyanyikan lagu Negaraku.
5. Akela menyebut “DOA”, petugas PKK bersebelahan petugas pengibar bendera keluar dua langkah dan menyebut “UP” syarat untuk menadah tangan.
6. PKK lain turut menadah tangan dan seterusnya petugas PKK membacakan doa.
7. Selesai bacaan doa, petugas PKK menyebut “UP” syarat menjatuhkan tangan dan berundur masuk dua langkah semula pada kedudukan asal.
8. Petugas PKK yang ketiga keluar dua langkah dan menuju ke hadapan Akela lalu memberi tanda hormat.
9. Akela memberi tanda hormat dan menjatuhkan tangan diikuti petugas PKK menjatuhkan tangan.
10. Petugas akan membuat laporan kepada Akela. Selesai membuat laporan petugas akan berundur satu langkah ke belakang dan memberi tanda hormat diikuti Akela membalas tanda hormat.
11. Petugas berpusing ke kanan dan masuk barisan dalam keadaan berkawad.
12. Akela menyebut “SENANG DIRI” dan semua PKK dalam keadaan senang diri.
13. Akela memberi taklimat dan kata-kata perangsang kepada PKK.
14. Setelah selesai, Akela menyebut “KELUAR BARIS”, semua PKK keluar baris dengan tiga langkah.

ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA

Bagi setiap hari, sama ada semasa perkhemahan atau sebelum sesuatu perjumpaan tamat, bendera yang dikibarkan perlu diturunkan. Langkah-langkah menurunkan bendera.

1. Semua PKK berada di hadapan bendera.

2. Akela menyebut “SEDIA” tanda semua PKK dalam keadaan sedia.

3. Akela menyebut “BENDERA”, dua petugas PKK keluar dua langkah lalu menghadap bendera sambil memberi hormat pada bendera. (kedudukan selari dengan tiang bendera petugas pertama dihadapan dan petugas kedua berada di belakang petugas pertama).

4. Semua PKK turut memberi tanda hormat kepada bendera.

5. Petugas pertama membuka tali bendera pada tiang dan menurunkan bendera perlahan-lahan.

6. Petugas kedua menyambut hujung bendera. (peringatan: jangan biarkan bendera mencecah tanah)

7. Kedua-dua petugas melipatkan bendera.

8. Kedua-dua petugas masuk semula ke tempat asal dalam keadaan berkawad.

9. Akela menyebut “KELUAR BARIS” semua PKK keluar baris dengan tiga langkah.

 

SUMBER: Guru Pengakap

Hormat Pengakap, Persetiaan Pengakap dan Cogan Kata Pengakap

Kedudukan jari
Tiga jari digunakan adalah membawa tiga pengertian: Taat kepada Allah dan DYMM, Menolong orang lain dan Mematuhi udang-undang Pengakap

Kaedah_Memberi_Hormat
Cara memberi hormat Pengakap

persetiaan
Keadaan tangan semasa membuat Persetiaan Pengakap

persetiaan pengakap

Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap. Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia. Tangan kanan diangkat separas bahu. Tapak tangan ke hadapan, manakala ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan tiga jari tengah diluruskan.

 

PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP

Taat kepada Tuhan
Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama. Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.

Taat kepada Raja
Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong, Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.

Taat kepada Negara
Ahli Pengakap hendaklah menghormatu undang-undang negara, pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara.

Menolong orang pada setiap masa
Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.

Menurut Undang-undang Pengakap
Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yang terkandung dalam undang-undang pengakap.

COGAN KATA PENGAKAP

Pengakap Kanak-kanak (Cub Scout) – Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda (Boy Scout) – Selalu Sedia
Pengakap Remaja (Rover Scout) – Pandangan Luas
Pengakap Kelana – Berkhidmat

SUMBER: Pengakap TMS