Program Maju Galus (Fasa 1-2013)


TARIKH : 18 hingga 20 April 2013

HARI      : Khamis hingga Sabtu

TEMPAT : SK Nanga Ensiring

Perkara

Tarikh

Catatan

Pendaftaran (1330-1400)

18 April 2013

  • Pendaftaran pegawai dan peserta dilaksanakan di bilik gerakan (bilik pemulihan).
  • SK Nanga Ju lambat sampai kerana cuaca tidak mengizinkan.
Taklimat (1400-1415)
  • PK Pentadbiran (pengelola) memberi taklimat ringkas kepada para pegawai mengenai aturcara program, disiplin peserta, tempat tinggal, keselamatan peserta, makanan dan minuman dan pakaian peserta.
Slot BM Penulisan     (1415-1545)             (1600-1730)
  • Dilaksanakan oleh Puan Helena Anak Kanyan dari SK Tapang Punggu.
  • Memberi penerangan tips menjawab Bahagian A, Bahagian C dan Bahagian B.
  • Murid diberi latihan sepanjang sesi penerangan dan membuat perbincangan bersama murid untuk melihat kepada maklum balas murid.
  • Pada akhir sesi, murid diberi ujian.
Slot BM Pemahaman (1900-2030)             (2045-2215)
  • Dilaksanakan oleh Encik Jembu Anak Nyanggau dari SK Nanga Ensiring.
  • Beliau memberi penerangan mengenai cabang-cabang dalam penggolongan kata dan pembentukan kata.
  • Penekanan kepada jenis soalan yang lemah terutamanya soalan memilih ayat yang betul serta menggunakan pilihan numerik roman.
  • Murid diberikan latihan sebagai pengukuhan kepada penerangan yang diberikan.
  • Ujian diadakan pada akhir sesi.
Slot Matematik         (0800-0930)             (0945-1115)             (1115-1245)             (1400-1530)

19 April 2013

  • Dilaksanakan oleh Encik Sulung Bin Pawi dari SK Nanga Ju.
  • Permulaan sesi dibuat dengan penerangan mengenai contoh-contoh topik yang murid kurang kuasai.
  • Banyak menyentuh mengenai cara membuat pengiraan dengan betul serta berbincang dengan murid.
  • Latihan dan ujian diberikan kepada murid pada akhir sesi penerangan.
Slot Bahasa Inggeris (1545-1730)             (1900-2030)             (2045-2215)
  • Dilaksanakan oleh Encik Matthew Anak Demang dari SK Nanga Maong.
  • Permulaan sesi dibuat dengan mendedahkan murid kepada contoh soalan (Soalan Pra 1 UPSR) yang sukar untuk dikuasai melalui slaid dan membuat perbincangan bersama murid.
  • Tayangan berbentuk komik untuk melatih murid membuat penterjemahan dalam Bahasa Inggeris.
  • Turut ditayangkan slaid berbentuk motivasi kepada murid untuk memahami maksud dalam Bahasa Inggeris.
  • Penerangan mengenai kertas 2 iaitu cara membina ayat berbantukan contoh soalan daripada PRA 1 UPSR.
  • Murid diberi latihan selepas habis sesi penerangan.
Slot Bahasa Inggeris (0700-0830)

20 April 2013

  • Hari berikutnya disambung dengan memberi ujian kepada murid.
Slot Sains                 (0830-1000)             (1015-1145)               (1300-1430)             (1445-1615)
  • Dilaksanakan oleh Puan Noor Aznida Binti Ramli.
  • Sesi dimulakan dengan penerangan tentang topik-topik yang lemah untuk murid kuasai.
  • Murid diberikan latihan sebagai pengukuhan kepada penerangan yang diberikan.
  • Ujian diadakan pada akhir sesi.
Penutupan (1615-1630)
  • Semua pegawai membuat sesi bergambar bersama peserta.
  • Ucapan penutupan daripada Encik Philip Ambun Anak Buah (PK Pentadbiran SK Nanga Ensiring).
  • Membuat acara penyampaian hadiah kepada peserta yang mendapat markah tertinggi dalam setiap ujian.
  • Semua pegawai balik ke stesen masing-masing.
ROMAH

Tenaga Pengelola dan Pengurusan

SUMBER: Setiausaha ProMaG

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s